Wednesday, April 17, 2013

~Waktu...

Bismillahirahmanirrahim....




Aku sedar diriku bukan sempurna di mata sesiapa sahaja,
aku punya kelemahan dan perasaan,
Entah mana silapnya aku juga ta pasti,
tetapi aku redha dan terima apa sahaja keputusannya,
aku akui diriku semakin lemah, semakin tergadai,
aku mulai nampak apa yang aku buat padanya,
tidak memberi sebarang erti,
Walau begitu, aku bersyukur kerana aku masih punyai kekuatan dalam apa yang bakal aku harungi,
entah, entah mengapa hati ini begitu tenang menyembunyikan perasaan,

Aku tahu yang orang lain ta tahu apa2..
aku juga mengharapkan orang tidak akan terasa bila baca tulisan ini,
kerana aku tidak tujukan pada sesiapa,
NYA disini bermaksud perkara yang telah terjadi,
aku tetap berfikiran positif menerima seadanya,
orang selalu kata, kita mesti memberi sebanyak-sebanyak, dan juga menerima,
aku telah memberi, memberi dan memberi...
tapi kali ini, aku menerima, menerima dan menerima sebanyak banyaknya.

yea, aku bukan seperti orang harapkan, dalam satu malam, pelbagai berita, cerita yang aku terima,
hati ku terkesan dan tersentuh adakah ini yang dinamakan kecewa,
Blog ini bukan tatapan ku seorang, tetapi aku ingin berkongsi apa yang aku tuliskan,
Tetapi aku percaya, satu hari nanti, kekuatan ku akan dapat diperoleh. insyaalah..


~jejak pengembara....