Thursday, December 27, 2012

Mencari cinta abadi




Mencari Cinta Abadi

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…

Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi….

Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….

Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa..

mendengar celoteh mereka
Hari ini aku mengisi masa sehari daripada minggu belajar aku dengan melawat Rumah orang tua-tua di Jalan Loke Yee... Hati tertarik mengenang jiwa, berlalu pergi meninggal abadi, walau kasih tidak bertempat, walau hati sudah menduga, kemana sayang hendak dicari akhirnya akur pada takdir ilahi.. mereka ini ditempakan di sini, hati meruntum sayu mengenang diri pada masa tua, adakah raut wajah ini harus terus mencuka menujukkan duka.. ataupun jasad ku disini seperti mereka pada masa tua nanti, tetapi dengan seikhlas senyuman menunjukkan aku gembira disini, walau pun begitu, dalam hati tuhan yang tahu.. jadi, mengapa harus aku tangisi takdir diri?? tika berjalan dihayun tongkat, tika makan menggunakan sudu, tika mandi disiramkan, tika tidur di dodoikan, adakah aku akan berkeadaan begitu nanti.. hurmm..

berkongsi pengalamn dengan aunty di situ
haa.. nie fizah.. dye umur 84 tahun anak 4..kikiki..
(jangan marah yerk..)
Aku dapat melihat mereka disini sangat bahagia, seperti tiada apa duka dan lara tapi pada aku, mereka ini menyimpan seribu satu kenangan, pada usia yang sudah menjangkau 70 tahun keatas, dengan wajah yang berkedut dan kerut dimakan dek usia zaman ini, mereka cukup manis dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir... oh TUHAN...dengan melihat nasib mereka di sini, teringat aku ibu di rumah, ayah di rumah... mereka juga sudah tua, alhamdulillah,....masih lagi punya anak yang menjaga dan membelai mereka dengan kasih sayang.. pada aku mereka di rumah orang2 tua ini adalah sangat bernasib baik mereka di tempatkan disini, jika tidak, cuba bayangkan dimaknakah mereka?? mereka akan merempat di kaki lima, di lorong2 sunyi, adakah kita sebagai generasi Y akan tersenyum melihat berkeadaan begitu.. mereka pasti akan diejek, dipandang serong, dan juga dianggap bahaya, kerana keadaan mereka yang sebegitu rupa... dan apa pula pandangan daripada orang luar maksud nya pandangan dari pelancong-pelancong asing yang datang ke sini, apa pula kata mereka....


vince nyanyi lagu burung kakak tua..huhu
dengan kehadiran Vince juara AF 1, pop shavit, sebagai duta 1M4U(ONE MALAYSIA FOR YOUTH), beberapa buah lagu dapat didendangkan iaitu belaian jiwa, marry chrismast, then macam2 lagi.. semuanya supportive, tambah pulak ada aunty-aunty yang turut menyanyi gak,..perghh.. best gler.. then kami hias rumah itu dengan peralatan yang diberi..huhu...:)sempena tahun baru yang bakal menjelang tiba nanti..:)...so sweet... kami makan.. pergh... baju.. goddiess,, ambik 3,4 beg.. dalam ada baju kot..kikiki.. dapat lar 5 helai.. hahahah...:)






nie lar group IM4U yang dtg tue..:)




nanti nak pakai untuk VOLENTEER yang lain..:)

~jejak pengembara

Wednesday, December 26, 2012

Dari satu langkah ke Satu langkah

5...4...3....2...1....~

~setelah satu semester aku di Universiti, ternyata membawa seribu makna.. seperti cendawan yang tumbuh melata....
mengajar aku pelbagai erti, makna dan harapan.... aku melihat suka dan duka.. aku tatapi pengalaman... aku menepis halangan dan cabaran.. tetapi apakah pengajaran dan pembelajaran yang aku dapat dari apa yang pernah dapat?? hurmm.. aku mula merenung kembali sejarah silam.. meneropong masa depan dan meletakkan aku di atas dacing pengimbangi diri ku.. ternyata aku masih lagi dihantui kelemahan diri sendiri dan gagal membawa diri.. adakah ini kelemahan diri atau dunia hidup di universiti...tanda soal di situ..(??)


kenapa gambar gelap..oopss.. sebab.. camera..hihikk..:P
jauh sudah pengembara berjalan...
singgah di negeri orang bangsawan..
siang dan malam dalam bayangan..
merindui kasih dalam bayangan..




di kala aku belajar di sini.. aku melihat dan membuat pembandingan..
jika aku di Bumi yang turunnya hujan air,
maka aku akan berasa nikmat nya akan kenikmatan air hujan....
tetapi, jika aku di bumi yang turunnya hujan batu,
apakah yang bakal aku rasa?? apakah yang akan aku nikmati??
adakah sama seperti yang aku kecapi di bumi lain??


 hurrmm...

begitu lar umpama aku disini..
semuanya aku buat sendiri,..
makan..
basuh baju...
belajar..
berkawan...
bukan aku ta pernah buat sebelum ini, tetapi hidup di negeri orang menjadi anak perantau adalah sangat menyeronokkan.. semuanya berdiri atas kaki sendiri... yang bestnya.. buat keputusan adalah dari diri sendiri.. oleh itu, apa yang akan berlaku mematangkan diri aku..waahh.. sangat bagus... hurrm...
walau pun belajar sampingan.. tetapi fokus aku adalah untuk belajar degree ini...
nie kawan saya boy dok tengah tunjuk sport nutritions..:)
aku nak lulus dengan cemerlang.. insyaallah.. satu hari nnti aku akan pulang dengan kejayaan dan aku menggengam segulung ijazah.. bukan ijazah sahaja.. tetapi sampai lar pangkal nama aku ada gelaran... oh Ya Allah...
tapi.. adakah langkah aku ini di negeri hujan air atau hujan batu..??


ku pandang kiri ku pandang kanan...

hai fzan...

ehem..
ehem...
ehem...

~bila nak study...

hahaha.. adoyai..
seminggu lagi bro nak exam.. carry mark dah lar terukk.. lagi mau senyap ker...hurrmm... xpe lar... aku nak ambik masa skunk nie untuk study.. xnak menangis nanti.. ta pown repeat paper...perrgghh... aku nak smooth jerk.. xmau ulang2..... da naek sem 2.. so, jom study kawan2..:)....



~jejak pengembara...


Thursday, December 13, 2012

CINTA TOUCH AND GO

ASSALAMUALAIKUM... SALAM RINDU.. SALAM PUTIH KEABADIAN CINTA.....


bersama imam muda asyraf johan musim pertama


Hari  12/12/12 sangat terbaekk... bila imam muda asyraf dan ustaz wan jaapar dari wilayah persekutuan datang menjadi panel dalam forum cinta touch and go malam tue bertempat di kolej nazrin shah (kolej 12). fulamaakkk, memang terangkat bohh..kikikiki....

antara yang tekun mendengar
mau cerita sikit tentang cinta touch and go nie, menurut ustaz wan ada cinta bawak manfaat ada cinta bawak mudarat... dulu2 mana ada pakai sms atau kol2 nie... nak bercinta dok pakat ketuk botol dari seberang rumah sini sampai ke seberang rumah sana...hahah.. mcm cter P. Ramlee tue..hahah.. memang lawak arr.. pastu main post post surat, eh, terkenang aku lak masa zaman cinta monyet masa darjah enam ari tue..hhihihikkkk.... maen utus2 surat, tue yang best...ahak.. pergi sekolah sebab nanti waktu rehat ada surat bawah meja kan...heheheh.... tapi tue dulu-dulu punya cinta...okay... zaman sekarang pakai hp jerk nak masuk minang.. pakai facebook jer... ta pown tweet tweet jerk.... adoyai.... wanita dan lelaki zaman sekarang masing-masing mulut manis.. pandai mengayat.. tanpa ada nafsu atau perasaan cinta mudah sangat untuk mengatakan cinta.. masyaallah... sesungguhnya ungkapan cinta sudah tidak lagi mempunyai makna.. walhal pada zaman2 dulu cinta adalah sangat indah dan sungguh murni....
pergh.. ramai perempuan dari lelaki

menurut imam muda asyraff pulak, nak mengorat dah tak lagi ada adab sopan dan tutur kata yang indah.. ta derk lagi pakai pantun2 yang puitis... noh, sekarang pakai pantun jugak tapi bunyi gini 'hai cik adik berbaju kuning buat abang pening pakai baju biru buat abang keliru, hahahah.... tengok.... cantik ta ayat nya??adoyai... kalau ada siapa2 zaman sekarang yang pakai pantun melayu lama dyeorang panggil orang 'ned'.. padahal itu la yang sepatutnya... bahasa melayu sudah rendah moralnya.

keluar lagi ayat-ayat puitis sang dara kepada teruna ta pown sang teruna pada si dara...' wahai kekasih ku, walau tinggi mana, walau kuat mana ombak laut itu menghempas pantai, bahkan tsunami, tidak dapat menandingi ombak rinduku pada dirimu... hahaha... berdekah kot.....zaman sekarang cinta touch and go nie umpama sentuh aku, dah dapat... dah pakai.. go lar.. cari yang laen pulak.. lihat betapa mudahnya cinta itu...bila dah bercinta lama, clash sekali, ta heran pown sebab, blom clash lagi dah ada perempuan or lelaki lain.. hahah.. adoyai.. bnyk skandal tue...sebab masing2 skunk minat dengan moto pasukan liverpool dan praktikkan dalam bercinta iaitu 'u'll never walk alone'...hahaha... adoyai... mengapa lar cenggitu..... memang never walk alone lar.. weyh kesian kot... mcm mana nak cari wanita/lelaki sejati nie..huhu...:(...




jangan tidooo tauu...kikiki..
zaman dahulu, ada juga menyatakan cinta merupakan satu cara, satu ayat yang digunakan untuk menyebarkan dakwah iaitu menyebarkan agama kristian (jesus). cuba dilihat ada bait-bait indah yang digunakan dalam agama kristian berkenaan. zaman rasulullah, apabila terlihat seekor unta, unta itu menangis melihat rasulullah...'rasulullah pown bertanya : wahai unta kenapa kamu menangis unta menjawab aku menangis kerana aku cinta kan kamu wahai rasulullah, rasululah pon bertanya 'siapa tuan kamu dan kenapa kamu di tengah2 padang pasir ini, unta menjawab tuan aku ta sayang kat aku, dye tidak menjaga aku dengan sebaiknya.. lalu rasulullah pown mencari tuan punya unta dan mengatakan yang beliau mahukan unta tersebut.. tuan punya unta itu mengizinkan.. tatapi rasulullah berkata, 'wahai empunya unta, unta ini sudah menjadi milikku, tetapi engkau yang akan menjaganya dan jangan engkau korbankan unta ini sehingga ia mati'. begitu juga cerita pohon tamar yang menangis, pohon tamar menangis kerana rasulullah sudah jarang untuk bersandar di pohon tersebut menghilangkan penatnya.. lihat... betapa rindu dan cintanya pohon tamar tersebut pada rasulullah....


Imam muda cakap lagi, hukum bagi bercinta pada zaman kanak2 adalah ta boleh....tapi mahasiswa boleh.. sebab.. kita semua manusia.. adalah fitrah manusia mempunyai sifat cinta dan sayang kepada manusia..yes.. memang kena bercinta nie..hehehe...:)...sebab perasaan cinta itu dibenarkan dalam islam.. jangan kita hilagkan perasaan cinta itu lahir dalam hati...ada satu kisah iaitu, Salaman Alfarisyi telah meminta pertolongan kepada Abu Darda/Jarda untuk meminang seseorang wanita untuknya..mereka ini sahabat karib dan rapat, apabila seorang sahabat meminta pertolongan, Abu Jarda/Jarda itu pergilah meminang, maka, bertemulah keluarga pengantin itu denagn abu jarda/darda..  Abu Jarda/Darda berkatalah hasrat murni salman alfarisyi.. beliau yang sangat baik, kaya, mas kawin semua dah siap memang nak kawin sangat lar...tetapi perempuan itu berkata.. aku menerima pinangan ini tetapi aku tidak mahu berkahwin dengan beliau tapi dengan kamu wahai Abu Darda/Jarda.. terkejut lar....:o... lantas pulang lar Abu Darda/Jarda memberitahu kepada Salaman Alfarisyi... dengan tersenyum beliau berkata, ambillah mas kahwin ku ini wahai shabatku.. sesungguhnya jodoh mu sudah samapai... moralnya adalah, apabila kita ini sudah ada rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk kawin cukup memenuhi tuntutan, wajib lah kita berkahwin dengan wanita pilihan. dan kita hendaklah bercinta untuk tujuan bernikah dengan nya bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang
khusyukkkkkkk....

Hamka berkata, ada kesan yang baik dalam percintaan apabila ada panduan yang diberikan kepada sesorang itu. ada satu soalan, kenapa Jepun tidak lahirkan angkasawan.. sebab dekat Jepun dah ada ultraman..kuang-kuang..ahak.. menurut sumber dan fakta, apabila wanita di Jepun berjaya mempertahankan dara nya selepas 15 tahun, mereka adalah angel.. hal ini kerana semasa pertemuan mereka yang pertama(first dating) mereka mudah menyerahkan mahkota mereka kepada lelaki.~... wallahualam..


~sebelum bicara bertemu nokhtah, sebelum kaki mulakan langkah, maafkan saya andai terlepas kata, uturkan kata yang tidak munasabah, dan tersilap fakta.. sekadar perkongsian dari saya..:).. ummusalamah sentiasa berdoa untuk bertemu jodoh yang lebih baik selepas kematian suaminya dan doanya itu dimakbulkan....


~jejak pengembara...


Saturday, December 8, 2012

TAUTAN KASIH ~

masa untuk mereka 

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  
(Hadis riwayat Muslim)

Hari ini 8 disember, saya mengikuti persatuan mahasiswa pahang universiti malaya telah mengunjungi rumah anak yatim baitul hadayah di puchong selangor.... apabila melihat kanak-kanak ini, hati ku mula untuk tersentuh melihat kunjungan kami disambut begitu meriah dengan paluan kompang oleh adik-adik baitul hidayah... adik-adik seramai 35 orang menyambut kami dengan baik dan memberi kerjasama kepada kami wakil PMP UM seramai 25 orang di rumah tersebut, saya cuba berlagak tenang walhal dalam hati ini sudah berdegup kencang dek hati dan jantung yang mengepam darah ke seluruh anggota badan... wajah-wajah mereka penuh dengan cahaya yang tidak ada pada orang lain.. ooohh.. alangkah malangnya nasib mereka apabila aku mula menafsir perjalanan hidup mereka sejak mereka kecil hingga lar dewasa.. adakah mereka ini akan terus dibimbing dan menjadi orang yang berguna pada masyarakat.. ataukah sebaliknya... adoyai...nauzubillah.....
dengar cakap abang dikkk.. huhu


kembali pada realiti, aku mula mengendalikan sesi ice breaking dalam program tersebut.. adik2 begitu bersemangat untuk berinteraksi dengan ku.. mereka memegang tangan ku tidak mahu melepaskan... aku cuba sedaya upaya menghiburkan dan membuatkan mereka tertawa dengan aktiviti-aktivti yang aku jalankan.. alhamdulillah... mereka seronok... aku turut tersenyum dan bergembira.. dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa batin ku menjerit menangis.. menangis kerana adakah selepas ini mereka akan terus tersenyum begitu,,. siapakah akan membuatkan mereka gembira selepas ketiadaan ku nanti?? hurrmm.. 



aku menayangkan video kepada mereka. video tentang seekor katak.. crazy frog gi tue//huhuhu/... katak yang sentiasa ingin menjadi champion.. berusaha bersungguh-sungguh... bekerja dalam pasukan... semuanya aku relate kan dengan situasi mereka.. aku ingin membakar semangat mereka. supaya terus kan perjuangan dan terus kehadapan dan tidak mereasa rendah diri.. pelbagai video yang aku tunjukkan.. sehingga mereka tertarik dengan apa yang aku cuba sampaikan... 

usai sudah sesi itu, safwan iaitu pengarah program bagi tautan kasih memberi sedikit pengisian kepada adik-adik baitul hadayah... alhamdulillah.. selepas pengisian fizikal. pengisian rohani turut diberi.. aku kat mana?? hahha aku memasak kat belakang... heheheh.... sambil dipayungi oleh cik ila.. dan ditemani oleh sapa entah nama dye.. ta ingat dah.hehehe.. aku dok mengacau sayur di dalam kuali.. untuk dimakan bersama2 dengan mereka nnti,..heheh.. ayam masak merah dan sayur campur menjadi menu pada hari itu..ahak... eeemmm..sedap ku masak nie...hihihikkk...




 selepas itu kami menunaikan solat zohor secara berjemaah...

hahahaha.. putihhhhh semuaa..
selepas itu.. aktiviti diteruskan dengan pertandingan sukaneka...hahaha.. masa nie.. siyes lawak.. semua adik-adik kena ngan aku termasuk lar kakak ngan abg fasi peserta dari um.. padan muka korang...hahahah... sampai asyraff kena jerit-jerit lar.. hahha...yess...!!... baru tau nak handle budak2 nie... yang penting semua happy... hihikk.. ada yang dok maen tipu.. ada ker dah abis masa dok isi lagi air dalam botol... pastu dok pasing getah.. kakak fasi dok tolong ngan tangan. mana aci.. menang lar kumpulan dyeorang.. haha. koi dah ta tahan nak gelak.... lepas tue.. koi ckp lar...mana leyh tolong2.. dyeorang lawan balik.. haa.. kan dah kalah..hihihikk.. jahat ta koi..:P....pastu baling2 belon... haa.. pecah.. kan dah basah.. tue lar.. baling belon kena pandai tangkap..hihikk... ambik.. cari gula2 dalam tepung.. hahah.. putih semua muka adik2..heheh.. haa.. ag satu.. ada team akak nie.. diberi nama team akak seri dewi malam... puii.. maen tipu.. dyeorang sapu tepung buang kan kat tepi..hahaha.. adoyai.. nak kena dyeorang nie.. xnak bagi tepung kena kat muka.. hahah... padan muka kena gak... sekali adik2 semua tiup tepung. terangkat semua..hhahahah... dah macam snowing jerk...putih semua..hehehe.... nakal kan aku...!!.huhuhu...


selepas itu ada majlis penutup.. aku bagi semua kumpulan dapat hadiah.. kemenangan ta penting bagi aku.. yang penting aku menjalan kan tanggungjawab aku membahagiakan mereka... memberi kegembiraan.. meluangkan masa dengan mereka.. itu lah hajat aku dan niat untuk aku beramal kerana allah...aku begitu terharu dan menitis air mata aku dalam senyap apabila melihat.. bakat yang ada pada mereka apabila mereka mempersembahkan nasyid, bermain alat muzik.. menyanyi serta bersilat.. ooohhh tuhann....
hebatkan mereka


 apabila aku mahu berangkat pulang.. aku sedih.. sedih untuk meninggalkan rumah ini. adakah mereka akan bahagia lagi.. adakah aku akan sampai di sini lagi.. ya allah.. mereka ini aku pesankan supaya menjadi insan yang berguna belajar bersungguh-sunguh.. dalam kegelapan mereka.. sinari lar cahaya kepada mereka.. mereka ini adalah insan yang begitu istimewa.. walaupun kurang pandai,lemah dalam belajar sert hyperaktif. pasif.. mereka juga adalah hamba mu ya allah. sama seperti insan normal... usrah bilal, usrah siti khadijah, usrah ali, usrah abu bakar, usrah uthman, usrah usrah ali, aku akan smapai lagi menabur bakti kepada mereka satu hari nanti.. ya allah aku menunaikan tanggungjawab aku pada hari ini, aku memohon supaya diberkati dan dirahmati.. aku juga insan lemah, insan yang masih mahu belajar, insan yang jauh lagi perjalanan ntuk aku mengabdikan diri pada mu... semoga aku akan terus bersemangat mencari ilmu di dunia mu ini dan bersemangat membantu orang lain.. insyaallah.. ~




~jejak pengembara...

terima kasih semua~

Friday, October 19, 2012

sains sukan

selamat pagi semua....

sudah sekial lama tidak menulis... apabila hari ini 20/10/2012 ingin kembali menaip...
apabila mereka bertanya tentang sains sukan kepada saya :

mereka : kamu ambik kos apa??
saya     :  sains sukan...
mereka : eh, blaja teteng apa tue?? sukan kew?? apa kerjaya kamu nanti??

 dalam sains sukan terbahagi kepada banyak bahagian. antaranya pengurusan sains sukan, sains sukan exercise, serta pendidikan sains sukan.
 dibawah bahagian ini, terdapat lagi pecahan-pecahan yang boleh di lihat antaranya, sejarah dan falsafah sukan, asas sains exercise, physiology, physioteraphy serta banyak lagi.. apabila mendalami sesebuah kursus adalah sangat rumit tetapi tidak susah untuk menguasainya. oleh itu, peluang kerjaya untuk sains sukan adalah sangat besar, dan untuk pengetahuan semua UNIVERSITI MALAYA adalah universiti yang menawarkan kursus tulen kepada semua pelajar mahasiswa nya. oleh itu, pakar-pakar sukan akan dilahirkan daripada universiti ini...:)