Monday, July 22, 2019

Thursday, October 17, 2013

Sinopsis Minggu Haluansiswa (MHS)

Sinopsis Minggu Haluansiswa (MHS)

Assalamualaikum..
              Selama seminggu haluansiswa dijalankan di Universiti Malaya (UM) menyambut pelajar-pelajar baru  yang begitu teruja sangat dalam alam universiti.  Tidak dinafikan pelbagai ragam kerenah dan rungutan dapat kita tengok sepanjang minggu tersebut.

peeeeeceeee!!


Hari Pertama
                          Sangat seronok apabila ramai pelajar datang mendaftar. Pemudahcara Mahasiswa (PM) dengan begitu bersemangat telah bangun dan bersedia untuk menyambut pelajar-pelajar baru. Seawal 6 pagi sudah ada ibu bapa yang sampai untuk hantar anak. Tergelak aku sendirian.  Aku membayangkan keadaan ku semasa terpilih dalam sesi interview semasa tawaran diploma di Uitm Shah Alam . akulah orang yang pertama sampai, tapi akulah orang yang terakhir keluar daripada Universiti tersebut.. haha...  Dah dapat diploma tak nak plak, REJECT< masuk form 6...untung boleh terus buat ijazah.:)..  so, PM pon semangat buka kaunter pendaftaran seawal 7.30 pagi.. pergh.. awal.. sejukk.. ada cina, melayu yang ramai masa awal pagi. Then barulah pelbagai kaum sampai... sambut dengan senyuman yang ta lekang di bibr, kesungguhan para PM sangat jelas kelihatan. Walaupun dilihat untuk membantu tetapi tetap juga dikutuk, dimarah dan disergah melalui petanyaan-pertanyaan daripada ibu bapa dan pelajar.  keteguhan dalam hati dan niat yang murni hanya kerana ingin mencorak dan membantu junior yang baru semasa minggu haluansiswa tetap tersemat dalam hati. Itu lah yang dikatakan niat atau nawaitu yang telah tersemat dalam hati adalah ikhlas serta diredhai Allah mereka tetap terus berdiri utuh melayan sebarang hujan batu yang menimpa.


                          Usai sudah sesi pendaftaran sesi ice breaking  yang agak unik dan menarik pula bermula. Sesi ice breaking dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu Pusat Asasi Uni Malaya (PASUM), Akedemi Pengajian Islam (API) dan STPM, Matrik, Lain-lain. Setiap kumpulan ini dikendalikan oleh mentor-mentor felo yang asal daripada kumpulan itu sendiri. Alhamdulillah, sesi ice breking dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Selepas itu,  sesi pengenalan PM mula dilakukan dengan formasi masuk diiringi lagu One The fifth. Seterusnya dipersembahkan cheers yang perlu diturunkan kepada junior. Sesi perkenalkan diri dengan menggunakan nama, fakulti dan umur yang palsu digunakan sepanjang minggu haluansiswa dimaklumkan kepada pelajar.. hehe... Aku? Aku guna nama betul jer... tapi panggilan jerk lain.. hehe.. just Call Me PM along..haha...   
hahha:)

Peristiwa-peristiwa penting dalam MHS

                       Sungguhpun MHS nampak seperti tiada apa-apa, disebalik yang terlindung dalam kalangan PM banyak yang memberi pengajaran kepada ku untuk menjadi seorang ketua yang lebih baik pada masa akan datang. Minggu Haluansiswa merupakan minggu yang mengorientasikan pelajar baru yang masuk ke Universiti Malaya. Antara pengisiannya ialah semestinya berkaitan dengan UM dan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti sukan. Maka dengan itu Kolej Kediaman Kelima tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian mengendalikan pelajar baru sepanjang minggu tersebut. Pemudahcara Mahasisswa Kolej Kediaman Kelima dipilih daripada kalangan mahasiswa/i yang tinggal di kolej. Mereka ini perlu melalui kursus PM yang berlangsung di Pahang selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah seramai 30 orang Pemudahcara Mahasiswa (PM) dapat dipilih dalam kalangan yang terbaik.
thanks you..:)


        Sebelum melalui MHS, PM bertungkus lumus menyiapkan pelbagai persiapan yang harus dinikmati oleh junior. Beberapa perkara penting disiapkan dahulu seperti persiapan surat mohon pelbagai kemudahan, makanan, penginapan, peralatan, serta bilik gerakan. Semasa minggu gerak kerja banyak perkara yang telah berlaku mematangkan PM-PM kolej lima untuk lebih maju menghadapi cabaran dan dugaan sebagai seorang pemimpin yang bukan sahaja semasa MHS, tetapi untuk masa akan datang. Insyaallah.  Telah disusun untuk meringankan tulang,hehe, aktiviti gotong royong, pembersihan surau, pemeriksaan blok, jamuan hari raya dan mencantikkan kawasan kolej. Sangat seronok.. sangat-sangat.... dapat menjalankan tugas ngan kawan-kawan. Dan tidak dinafikan semangat PM-Pm semua nya bagus-bagus.. kagum aku.. kalau lah aku ini ada kemampuan akan ku balas jasa mereka ini, walaubagaimanapun hanya iringan doa memohon Allah membahagiakan dan membalas jasa mereka. Itu lebih baik dan berharga.. amin..


           Semasa MHS, aku sudah bersedia untuk menghadapi minggu2 ini, dan aku pasti bahawa akan ada pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang akan berlaku. Dan sudah ku duga, banyak perkara yang terjadi, walaubagaimanapun aku percaya bahawa setiap perkara yang terjadi pasti ada jalan penyelesaian dan hikmah disebaliknya...:)... Dan aku melihat PM-PM begitu bersungguh-sungguh menbantu dan menjalankan tugas. Tapi persoalan ku adakah junior-junior ini menghargai setiap pengorbanan dan setiap bantuan yang dihulurkan. Cukuplah sekadar untuk berterima kasih.. dan untuk membalas budi adalah tidak perlu, cukuplah sekadar mengikuti program-program atau projek kolej... itu sudah mampu untuk mengukir senyuman di bibir semua PM-Pm kolej..:)... Alhamdulillah, alangah bahagianya....



owesome.
                     Untuk sukan KK5, ta dapat nak dapat juara lagi... tahun lepas pown sama.. dua tahun berturut-turt, gagal untuk dapatkan tempat pertama.. kelebihan banyak,  tp, rezeki ta derk.. ta pe la...:(... Thanks to PM Lorenn dan anak-anak buahnya, PM Bunga, Indonesia sik.. hehe.. PM Desmond, Pm intan dan PM aaron..,... kalau Seni pulak, dapat la no tiga daripada manifestasi puisi.. okay la tue.. .. heheh... bagus lah dyeorang ini, kalau nak cter pasal kebajikan.. haha.. kesian PM Ross, Pm Mulan, Pm Sian dan PM april.. dengar cter ada yang kena tipu.. heheh.. apa la freshie nie.. ta pe.. ta pe... PM2 nie sabar nya tinggi.. huhu... PM Adam, KUCHAT, Mia, Efa ta tahu nak cakap la.. tiap2 hari dok menjerit.. haha.. Pergi DTC semua kena kerah.. kikiki.. aiyakk.. sabar la... PM Karim ngan Adrien, haa, ta habis2 ngan kamera ngan set up video ngan teknikal nya.. tabik lar.. hehehe..:)....  lagi PM mana yea? Protokol?? Haa.. dyeorang nie salute gak lar.. siap sume jadual... tapi bila tukar jadual.. gelabah sikit, tapi tenang balik.. haa.. itu yang bagus tue.. huhuhu.... PM Ali, MILAh, Laila, J.C.. fuhh, nama depa... lagend... kikiki... haa... masa hari pendaftaran, biro pendaftaran la paling sibuk.. haha.. tapi alhamdulillah, semua nya setle herk..... kredit to PM Ani, PM Crhiis, PM dian.. mereka juga dibantu oleh dua orang PM yang Sanggup datang memabntu iaitu PM Xiang dan PM yuka.. semua DVC diletakkan di bawah seliaan MT iaitu PM aya, PM fara dan Pm sue... good Job semua.. TERbaaikKK..


Kesimpulan yang dapat aku buat ialah, Semua perkara yang berlaku adalah  telah ditentukan..:)









Thursday, September 12, 2013

Part 1

haa.... huhu..:)





Hari Pertama

Sangat seronok apabila ramai pelajar datang mendaftar. Pemudahcara Mahasiswa (PM) dengan begitu bersemangat telah bangun dan bersedia untuk menyambut pelajar-pelajar baru. Seawal 6 pagi sudah ada ibu bapa yang sampai untuk hantar anak. Tergelak aku sendirian.  Aku membayangkan keadaan ku semasa terpilih dalam sesi interview semasa tawaran diploma di Uitm Shah Alam . akulah orang yang pertama sampai, tapi akulah orang yang terakhir keluar daripada Universiti tersebut.. haha...  Dah dapat diploma tak nak plak, REJECT< masuk form 6...untung boleh terus buat ijazah.:)..  so, PM pon semangat buka kaunter pendaftaran seawal 7.30 pagi.. pergh.. awal.. sejukk.. ada cina, melayu yang ramai masa awal pagi. Then barulah pelbagai kaum sampai... sambut dengan senyuman yang ta lekang di bibir, kesungguhan para PM sangat jelas kelihatan. Walaupun dilihat untuk membantu tetapi tetap juga dikutuk, dimarah dan disergah melalui petanyaan-pertanyaan daripada ibu bapa dan pelajar.  keteguhan dalam hati dan niat yang murni hanya kerana ingin mencorak dan membantu junior yang baru semasa minggu haluansiswa tetap tersemat dalam hati. Itu lah yang dikatakan niat atau nawaitu yang telah tersemat dalam hati adalah ikhlas serta harapan untuk diredhai Allah. Mereka tetap terus berdiri utuh melayan sebarang hujan batu yang menimpa.


senyumm...terima kasih...

Usai sudah sesi pendaftaran sesi ice breaking  yang agak unik dan menarik pula bermula.
Sesi ice breaking dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu Pusat Asasi Uni Malaya (PASUM), Akedemi Pengajian Islam (API) dan STPM, Matrik, Lain-lain. Setiap kumpulan ini dikendalikan oleh mentor-mentor felo yang asal daripada kumpulan itu sendiri. Alhamdulillah, sesi ice breking dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Selepas itu,  sesi pengenalan PM mula dilakukan dengan formasi masuk diiringi lagu One The fifth. Seterusnya dipersembahkan cheers yang perlu diturunkan kepada junior. Sesi perkenalkan diri dengan menggunakan nama, fakulti dan umur yang palsu digunakan sepanjang minggu haluansiswa dimaklumkan kepada pelajar.. hehe... Aku? Aku guna nama betul jer... tapi panggilan jerk lain.. hehe.. just Call Me PM ALONG..haha...    

Tuesday, May 7, 2013

~suara hati Dr. Mahathir...


Ya ALLAH



SUARA HATI TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
---------------------------------------------------------

Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Wednesday, April 17, 2013

~Waktu...

Bismillahirahmanirrahim....




Aku sedar diriku bukan sempurna di mata sesiapa sahaja,
aku punya kelemahan dan perasaan,
Entah mana silapnya aku juga ta pasti,
tetapi aku redha dan terima apa sahaja keputusannya,
aku akui diriku semakin lemah, semakin tergadai,
aku mulai nampak apa yang aku buat padanya,
tidak memberi sebarang erti,
Walau begitu, aku bersyukur kerana aku masih punyai kekuatan dalam apa yang bakal aku harungi,
entah, entah mengapa hati ini begitu tenang menyembunyikan perasaan,

Aku tahu yang orang lain ta tahu apa2..
aku juga mengharapkan orang tidak akan terasa bila baca tulisan ini,
kerana aku tidak tujukan pada sesiapa,
NYA disini bermaksud perkara yang telah terjadi,
aku tetap berfikiran positif menerima seadanya,
orang selalu kata, kita mesti memberi sebanyak-sebanyak, dan juga menerima,
aku telah memberi, memberi dan memberi...
tapi kali ini, aku menerima, menerima dan menerima sebanyak banyaknya.

yea, aku bukan seperti orang harapkan, dalam satu malam, pelbagai berita, cerita yang aku terima,
hati ku terkesan dan tersentuh adakah ini yang dinamakan kecewa,
Blog ini bukan tatapan ku seorang, tetapi aku ingin berkongsi apa yang aku tuliskan,
Tetapi aku percaya, satu hari nanti, kekuatan ku akan dapat diperoleh. insyaalah..


~jejak pengembara....


Wednesday, February 20, 2013

JELAJAH ANAK MALAYSIA (Kami mahasiswa dan belia sayang negara)

kami peserta jelajah anak malaysia..:)

36 buah tempat..  Semua negeri telah pengembara rentasi.. laut, gunung-ganang, sungai dan pelbagai dugaan serta cabaran telah di harungi bersama Program Jelajah Anak Malaysia(JAM). Seperti diibaratkan, walau burung enggang terbang tinggi, burung pipit terbang rendah, walau burung helang itu besar, burung kelicap itu kecil, kami semua, peserta Program atau mahasiswa datang dari pelbagai lapisan umur, agama, jawatan, bangsa, kami tetap bersama di bawah satu payung mengibarkan panji Malaysia. Uitm, Uthm, Unimap, UM, Unikl, Usm, Unimas, Upsi,dan universiti lain badan-badan NGO, serta kolej2 swasta telah mengikuti program ini yang dikira lebih hampir dengan angka 200 orang, 4 buah bas, 30 biji kereta dengan adanya eskot dari pasukan polis di setiap lokasi melicinkan perjalanan konvoi anak malaysia ini.

mereka anak kecil yang perlu dibimbing untuk memimpin..jangan biarkan mereka


Maka dilihat program yang disusun di semua tempat adalah lebih kurang sama tetapi berbeza dengan cara penganjurannya.  Antara program nya adalah suara rakyat, jelas rakyat, muzik rakyat, pentas anak muda,dan banyak lagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia terutama peserta yang terdiri daripada mahasiswa untuk turun padang bertemu dengan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah, anak muda mulai berfikir secara rasional, kritis dan kreatif untuk membuat penilaian dalam pelbagai bidang iaitu,pendidikan dan belia, politik, ekonomi serta sosial. Maka dengan ini, apalah guna ilmu jika tidak digunakan dan apa guna hidup jika tidak berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
jemput makan makcik...
Pengembara mulai merasa pengalaman yang sungguh hebat apabila bercampur dengan mahasiswa yang hebat-hebat. Ada dari kalangan presiden, exco belia, YDP, MPP, usahawan, pelbagai bidang dan mahasiswa yang telah tamat pengajian. Dengan adanya mereka, banyak yang pengembara pelajari melalui perkongsian ilmu, pengalaman, pengetahuan am serta tingkah laku yang dapat diteladani dan diikuti. Pengembara mengagumi peserta-peserta JAM, walau dalam penat lelah, letih, bawah panas terik tetapi mereka tetap meneruskan aktiviti yang telah disediakan. Namun ada juga yang pengsan, demam, batuk, lesu, tetapi apabila ingin mendapatkan sesuatu yang berharga maka ini adalah cabaran dan dugaan yang perlu dilihat secara positif. Pengembara anggap ini adalah hujan-hujan kecil seperti batu yang turun untuk menjadi penghalang dalam mencari sebuah kepastian dan rintangan ini harus juga diharungi walau sakitnya terpaksa ditanggung. Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang yang gelap di malam hari, maka kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.
jom kerja...

Di pahang, kelantan budaya yang ditunjukkan sangat berbeza dengan negeri-negeri lain, kenapa ianya berbeza,haa, mereka menyambut kami dengan tarian silat. Di pahang, mereka menyambut kami seperti pengantin dan iringan tepak pulut kuning beserta telur. Sebenarnya, ini adalah adat lama yang sememangnya di amalkan oleh masyarakat di malaysia. Tidak hairanlah mereka menyambut kami dengan cara demikian. Kami juga dipertontonkan secara terus dengan persembahan dikir barat, pengembara mulai kenal dan mencari jawapan-jawapan yang bermain di kepala dengan bertanya kepada orang-orang di situ. Maka pengembara berfikir sejenak, budaya yang terdapat di Malaysia masih belum diterokai habis, alangkah rugi hidup di sini tetapi gagal mengkaji apa yang terdapat di negara sendiri. Hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri.


satu malaysia...!!!
Pengembara mulai meneroka, apa sebenarnya yang berlaku kepada diri ini, kenapa mesti pengembara ikut program jelajah ini. Kenapa mesti pengembara ada di sini, banyak membuang masa selama dua minggu, lebih baik duduk di rumah. Tetapi akal kurniaan Allah mengajak untuk berfikiran waras. ya, pengembara perlu belajar apa yang sepatutnya berada di depan mata dan sedang di alami. Bagi seorang bakal pemimpin, pemimpin atau apa sahaja kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa sepnajang program banyak memberi impak dan kesan yang sangat mendalam. Kenapa mesti pergi rumah orang-orang tua??, kenapa mesti pergi rumah kanak-kanak istimewa??, kenapa mesti memberi sumbangan?? Walhal pengembara pernah lalui sebelum ini, perasaan hati mulai menguasai diri. Mungkinkah tiada keikhlasan, dalam hati pengembara kotor?? Lantas pengembara  panjatkan doa kepada Allah untuk membantu. Rupanya pengembara sedang melalui proses dimana membentuk sahsiah, peribadi, menimba ilmu dan pengembara juga sedar apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Pengembara dihidangkan dengan pengamatan secara terus dan gambaran yang jelas untuk pengembara nilai sendiri jika tidak bersedia dengan apa jua dugaan dan halangan nanti. Pengembara merasakan Allah itu sangat istimewa kerana telah mengaturkan perjalanan dan takdir pengembara dengan begitu istimewa sekali. Tetapi pengembara yakin, kesedaran yang ada dalam diri ini, perlu digunakan untuk memberi kesenangan pada orang lain juga bagi membantu mereka terus,,terus,,terus,, dan terus berjaya seiring dan sejalan dalam menabur bakti. Akan tetapi janganlah di hitung bakti tetapi biarlah hasil yang berkata-kata....
alhamdulillah.. insyaallah.. kita akan bersama lagi..:)

Namun tidak semua positif mesti ada negatif nya.......


~jejak pengembara

Thursday, December 27, 2012

Mencari cinta abadi




Mencari Cinta Abadi

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…

Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi….

Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….

Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa..

mendengar celoteh mereka
Hari ini aku mengisi masa sehari daripada minggu belajar aku dengan melawat Rumah orang tua-tua di Jalan Loke Yee... Hati tertarik mengenang jiwa, berlalu pergi meninggal abadi, walau kasih tidak bertempat, walau hati sudah menduga, kemana sayang hendak dicari akhirnya akur pada takdir ilahi.. mereka ini ditempakan di sini, hati meruntum sayu mengenang diri pada masa tua, adakah raut wajah ini harus terus mencuka menujukkan duka.. ataupun jasad ku disini seperti mereka pada masa tua nanti, tetapi dengan seikhlas senyuman menunjukkan aku gembira disini, walau pun begitu, dalam hati tuhan yang tahu.. jadi, mengapa harus aku tangisi takdir diri?? tika berjalan dihayun tongkat, tika makan menggunakan sudu, tika mandi disiramkan, tika tidur di dodoikan, adakah aku akan berkeadaan begitu nanti.. hurmm..

berkongsi pengalamn dengan aunty di situ
haa.. nie fizah.. dye umur 84 tahun anak 4..kikiki..
(jangan marah yerk..)
Aku dapat melihat mereka disini sangat bahagia, seperti tiada apa duka dan lara tapi pada aku, mereka ini menyimpan seribu satu kenangan, pada usia yang sudah menjangkau 70 tahun keatas, dengan wajah yang berkedut dan kerut dimakan dek usia zaman ini, mereka cukup manis dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir... oh TUHAN...dengan melihat nasib mereka di sini, teringat aku ibu di rumah, ayah di rumah... mereka juga sudah tua, alhamdulillah,....masih lagi punya anak yang menjaga dan membelai mereka dengan kasih sayang.. pada aku mereka di rumah orang2 tua ini adalah sangat bernasib baik mereka di tempatkan disini, jika tidak, cuba bayangkan dimaknakah mereka?? mereka akan merempat di kaki lima, di lorong2 sunyi, adakah kita sebagai generasi Y akan tersenyum melihat berkeadaan begitu.. mereka pasti akan diejek, dipandang serong, dan juga dianggap bahaya, kerana keadaan mereka yang sebegitu rupa... dan apa pula pandangan daripada orang luar maksud nya pandangan dari pelancong-pelancong asing yang datang ke sini, apa pula kata mereka....


vince nyanyi lagu burung kakak tua..huhu
dengan kehadiran Vince juara AF 1, pop shavit, sebagai duta 1M4U(ONE MALAYSIA FOR YOUTH), beberapa buah lagu dapat didendangkan iaitu belaian jiwa, marry chrismast, then macam2 lagi.. semuanya supportive, tambah pulak ada aunty-aunty yang turut menyanyi gak,..perghh.. best gler.. then kami hias rumah itu dengan peralatan yang diberi..huhu...:)sempena tahun baru yang bakal menjelang tiba nanti..:)...so sweet... kami makan.. pergh... baju.. goddiess,, ambik 3,4 beg.. dalam ada baju kot..kikiki.. dapat lar 5 helai.. hahahah...:)






nie lar group IM4U yang dtg tue..:)




nanti nak pakai untuk VOLENTEER yang lain..:)

~jejak pengembara