Thursday, September 12, 2013

Part 1

haa.... huhu..:)





Hari Pertama

Sangat seronok apabila ramai pelajar datang mendaftar. Pemudahcara Mahasiswa (PM) dengan begitu bersemangat telah bangun dan bersedia untuk menyambut pelajar-pelajar baru. Seawal 6 pagi sudah ada ibu bapa yang sampai untuk hantar anak. Tergelak aku sendirian.  Aku membayangkan keadaan ku semasa terpilih dalam sesi interview semasa tawaran diploma di Uitm Shah Alam . akulah orang yang pertama sampai, tapi akulah orang yang terakhir keluar daripada Universiti tersebut.. haha...  Dah dapat diploma tak nak plak, REJECT< masuk form 6...untung boleh terus buat ijazah.:)..  so, PM pon semangat buka kaunter pendaftaran seawal 7.30 pagi.. pergh.. awal.. sejukk.. ada cina, melayu yang ramai masa awal pagi. Then barulah pelbagai kaum sampai... sambut dengan senyuman yang ta lekang di bibir, kesungguhan para PM sangat jelas kelihatan. Walaupun dilihat untuk membantu tetapi tetap juga dikutuk, dimarah dan disergah melalui petanyaan-pertanyaan daripada ibu bapa dan pelajar.  keteguhan dalam hati dan niat yang murni hanya kerana ingin mencorak dan membantu junior yang baru semasa minggu haluansiswa tetap tersemat dalam hati. Itu lah yang dikatakan niat atau nawaitu yang telah tersemat dalam hati adalah ikhlas serta harapan untuk diredhai Allah. Mereka tetap terus berdiri utuh melayan sebarang hujan batu yang menimpa.


senyumm...terima kasih...

Usai sudah sesi pendaftaran sesi ice breaking  yang agak unik dan menarik pula bermula.
Sesi ice breaking dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu Pusat Asasi Uni Malaya (PASUM), Akedemi Pengajian Islam (API) dan STPM, Matrik, Lain-lain. Setiap kumpulan ini dikendalikan oleh mentor-mentor felo yang asal daripada kumpulan itu sendiri. Alhamdulillah, sesi ice breking dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Selepas itu,  sesi pengenalan PM mula dilakukan dengan formasi masuk diiringi lagu One The fifth. Seterusnya dipersembahkan cheers yang perlu diturunkan kepada junior. Sesi perkenalkan diri dengan menggunakan nama, fakulti dan umur yang palsu digunakan sepanjang minggu haluansiswa dimaklumkan kepada pelajar.. hehe... Aku? Aku guna nama betul jer... tapi panggilan jerk lain.. hehe.. just Call Me PM ALONG..haha...    

No comments:

Post a Comment