Wednesday, February 20, 2013

JELAJAH ANAK MALAYSIA (Kami mahasiswa dan belia sayang negara)

kami peserta jelajah anak malaysia..:)

36 buah tempat..  Semua negeri telah pengembara rentasi.. laut, gunung-ganang, sungai dan pelbagai dugaan serta cabaran telah di harungi bersama Program Jelajah Anak Malaysia(JAM). Seperti diibaratkan, walau burung enggang terbang tinggi, burung pipit terbang rendah, walau burung helang itu besar, burung kelicap itu kecil, kami semua, peserta Program atau mahasiswa datang dari pelbagai lapisan umur, agama, jawatan, bangsa, kami tetap bersama di bawah satu payung mengibarkan panji Malaysia. Uitm, Uthm, Unimap, UM, Unikl, Usm, Unimas, Upsi,dan universiti lain badan-badan NGO, serta kolej2 swasta telah mengikuti program ini yang dikira lebih hampir dengan angka 200 orang, 4 buah bas, 30 biji kereta dengan adanya eskot dari pasukan polis di setiap lokasi melicinkan perjalanan konvoi anak malaysia ini.

mereka anak kecil yang perlu dibimbing untuk memimpin..jangan biarkan mereka


Maka dilihat program yang disusun di semua tempat adalah lebih kurang sama tetapi berbeza dengan cara penganjurannya.  Antara program nya adalah suara rakyat, jelas rakyat, muzik rakyat, pentas anak muda,dan banyak lagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia terutama peserta yang terdiri daripada mahasiswa untuk turun padang bertemu dengan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah, anak muda mulai berfikir secara rasional, kritis dan kreatif untuk membuat penilaian dalam pelbagai bidang iaitu,pendidikan dan belia, politik, ekonomi serta sosial. Maka dengan ini, apalah guna ilmu jika tidak digunakan dan apa guna hidup jika tidak berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
jemput makan makcik...
Pengembara mulai merasa pengalaman yang sungguh hebat apabila bercampur dengan mahasiswa yang hebat-hebat. Ada dari kalangan presiden, exco belia, YDP, MPP, usahawan, pelbagai bidang dan mahasiswa yang telah tamat pengajian. Dengan adanya mereka, banyak yang pengembara pelajari melalui perkongsian ilmu, pengalaman, pengetahuan am serta tingkah laku yang dapat diteladani dan diikuti. Pengembara mengagumi peserta-peserta JAM, walau dalam penat lelah, letih, bawah panas terik tetapi mereka tetap meneruskan aktiviti yang telah disediakan. Namun ada juga yang pengsan, demam, batuk, lesu, tetapi apabila ingin mendapatkan sesuatu yang berharga maka ini adalah cabaran dan dugaan yang perlu dilihat secara positif. Pengembara anggap ini adalah hujan-hujan kecil seperti batu yang turun untuk menjadi penghalang dalam mencari sebuah kepastian dan rintangan ini harus juga diharungi walau sakitnya terpaksa ditanggung. Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang yang gelap di malam hari, maka kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.
jom kerja...

Di pahang, kelantan budaya yang ditunjukkan sangat berbeza dengan negeri-negeri lain, kenapa ianya berbeza,haa, mereka menyambut kami dengan tarian silat. Di pahang, mereka menyambut kami seperti pengantin dan iringan tepak pulut kuning beserta telur. Sebenarnya, ini adalah adat lama yang sememangnya di amalkan oleh masyarakat di malaysia. Tidak hairanlah mereka menyambut kami dengan cara demikian. Kami juga dipertontonkan secara terus dengan persembahan dikir barat, pengembara mulai kenal dan mencari jawapan-jawapan yang bermain di kepala dengan bertanya kepada orang-orang di situ. Maka pengembara berfikir sejenak, budaya yang terdapat di Malaysia masih belum diterokai habis, alangkah rugi hidup di sini tetapi gagal mengkaji apa yang terdapat di negara sendiri. Hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri.


satu malaysia...!!!
Pengembara mulai meneroka, apa sebenarnya yang berlaku kepada diri ini, kenapa mesti pengembara ikut program jelajah ini. Kenapa mesti pengembara ada di sini, banyak membuang masa selama dua minggu, lebih baik duduk di rumah. Tetapi akal kurniaan Allah mengajak untuk berfikiran waras. ya, pengembara perlu belajar apa yang sepatutnya berada di depan mata dan sedang di alami. Bagi seorang bakal pemimpin, pemimpin atau apa sahaja kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa sepnajang program banyak memberi impak dan kesan yang sangat mendalam. Kenapa mesti pergi rumah orang-orang tua??, kenapa mesti pergi rumah kanak-kanak istimewa??, kenapa mesti memberi sumbangan?? Walhal pengembara pernah lalui sebelum ini, perasaan hati mulai menguasai diri. Mungkinkah tiada keikhlasan, dalam hati pengembara kotor?? Lantas pengembara  panjatkan doa kepada Allah untuk membantu. Rupanya pengembara sedang melalui proses dimana membentuk sahsiah, peribadi, menimba ilmu dan pengembara juga sedar apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Pengembara dihidangkan dengan pengamatan secara terus dan gambaran yang jelas untuk pengembara nilai sendiri jika tidak bersedia dengan apa jua dugaan dan halangan nanti. Pengembara merasakan Allah itu sangat istimewa kerana telah mengaturkan perjalanan dan takdir pengembara dengan begitu istimewa sekali. Tetapi pengembara yakin, kesedaran yang ada dalam diri ini, perlu digunakan untuk memberi kesenangan pada orang lain juga bagi membantu mereka terus,,terus,,terus,, dan terus berjaya seiring dan sejalan dalam menabur bakti. Akan tetapi janganlah di hitung bakti tetapi biarlah hasil yang berkata-kata....
alhamdulillah.. insyaallah.. kita akan bersama lagi..:)

Namun tidak semua positif mesti ada negatif nya.......


~jejak pengembara

No comments:

Post a Comment