Thursday, October 17, 2013

Sinopsis Minggu Haluansiswa (MHS)

Sinopsis Minggu Haluansiswa (MHS)

Assalamualaikum..
              Selama seminggu haluansiswa dijalankan di Universiti Malaya (UM) menyambut pelajar-pelajar baru  yang begitu teruja sangat dalam alam universiti.  Tidak dinafikan pelbagai ragam kerenah dan rungutan dapat kita tengok sepanjang minggu tersebut.

peeeeeceeee!!


Hari Pertama
                          Sangat seronok apabila ramai pelajar datang mendaftar. Pemudahcara Mahasiswa (PM) dengan begitu bersemangat telah bangun dan bersedia untuk menyambut pelajar-pelajar baru. Seawal 6 pagi sudah ada ibu bapa yang sampai untuk hantar anak. Tergelak aku sendirian.  Aku membayangkan keadaan ku semasa terpilih dalam sesi interview semasa tawaran diploma di Uitm Shah Alam . akulah orang yang pertama sampai, tapi akulah orang yang terakhir keluar daripada Universiti tersebut.. haha...  Dah dapat diploma tak nak plak, REJECT< masuk form 6...untung boleh terus buat ijazah.:)..  so, PM pon semangat buka kaunter pendaftaran seawal 7.30 pagi.. pergh.. awal.. sejukk.. ada cina, melayu yang ramai masa awal pagi. Then barulah pelbagai kaum sampai... sambut dengan senyuman yang ta lekang di bibr, kesungguhan para PM sangat jelas kelihatan. Walaupun dilihat untuk membantu tetapi tetap juga dikutuk, dimarah dan disergah melalui petanyaan-pertanyaan daripada ibu bapa dan pelajar.  keteguhan dalam hati dan niat yang murni hanya kerana ingin mencorak dan membantu junior yang baru semasa minggu haluansiswa tetap tersemat dalam hati. Itu lah yang dikatakan niat atau nawaitu yang telah tersemat dalam hati adalah ikhlas serta diredhai Allah mereka tetap terus berdiri utuh melayan sebarang hujan batu yang menimpa.


                          Usai sudah sesi pendaftaran sesi ice breaking  yang agak unik dan menarik pula bermula. Sesi ice breaking dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu Pusat Asasi Uni Malaya (PASUM), Akedemi Pengajian Islam (API) dan STPM, Matrik, Lain-lain. Setiap kumpulan ini dikendalikan oleh mentor-mentor felo yang asal daripada kumpulan itu sendiri. Alhamdulillah, sesi ice breking dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Selepas itu,  sesi pengenalan PM mula dilakukan dengan formasi masuk diiringi lagu One The fifth. Seterusnya dipersembahkan cheers yang perlu diturunkan kepada junior. Sesi perkenalkan diri dengan menggunakan nama, fakulti dan umur yang palsu digunakan sepanjang minggu haluansiswa dimaklumkan kepada pelajar.. hehe... Aku? Aku guna nama betul jer... tapi panggilan jerk lain.. hehe.. just Call Me PM along..haha...   
hahha:)

Peristiwa-peristiwa penting dalam MHS

                       Sungguhpun MHS nampak seperti tiada apa-apa, disebalik yang terlindung dalam kalangan PM banyak yang memberi pengajaran kepada ku untuk menjadi seorang ketua yang lebih baik pada masa akan datang. Minggu Haluansiswa merupakan minggu yang mengorientasikan pelajar baru yang masuk ke Universiti Malaya. Antara pengisiannya ialah semestinya berkaitan dengan UM dan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti sukan. Maka dengan itu Kolej Kediaman Kelima tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian mengendalikan pelajar baru sepanjang minggu tersebut. Pemudahcara Mahasisswa Kolej Kediaman Kelima dipilih daripada kalangan mahasiswa/i yang tinggal di kolej. Mereka ini perlu melalui kursus PM yang berlangsung di Pahang selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah seramai 30 orang Pemudahcara Mahasiswa (PM) dapat dipilih dalam kalangan yang terbaik.
thanks you..:)


        Sebelum melalui MHS, PM bertungkus lumus menyiapkan pelbagai persiapan yang harus dinikmati oleh junior. Beberapa perkara penting disiapkan dahulu seperti persiapan surat mohon pelbagai kemudahan, makanan, penginapan, peralatan, serta bilik gerakan. Semasa minggu gerak kerja banyak perkara yang telah berlaku mematangkan PM-PM kolej lima untuk lebih maju menghadapi cabaran dan dugaan sebagai seorang pemimpin yang bukan sahaja semasa MHS, tetapi untuk masa akan datang. Insyaallah.  Telah disusun untuk meringankan tulang,hehe, aktiviti gotong royong, pembersihan surau, pemeriksaan blok, jamuan hari raya dan mencantikkan kawasan kolej. Sangat seronok.. sangat-sangat.... dapat menjalankan tugas ngan kawan-kawan. Dan tidak dinafikan semangat PM-Pm semua nya bagus-bagus.. kagum aku.. kalau lah aku ini ada kemampuan akan ku balas jasa mereka ini, walaubagaimanapun hanya iringan doa memohon Allah membahagiakan dan membalas jasa mereka. Itu lebih baik dan berharga.. amin..


           Semasa MHS, aku sudah bersedia untuk menghadapi minggu2 ini, dan aku pasti bahawa akan ada pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang akan berlaku. Dan sudah ku duga, banyak perkara yang terjadi, walaubagaimanapun aku percaya bahawa setiap perkara yang terjadi pasti ada jalan penyelesaian dan hikmah disebaliknya...:)... Dan aku melihat PM-PM begitu bersungguh-sungguh menbantu dan menjalankan tugas. Tapi persoalan ku adakah junior-junior ini menghargai setiap pengorbanan dan setiap bantuan yang dihulurkan. Cukuplah sekadar untuk berterima kasih.. dan untuk membalas budi adalah tidak perlu, cukuplah sekadar mengikuti program-program atau projek kolej... itu sudah mampu untuk mengukir senyuman di bibir semua PM-Pm kolej..:)... Alhamdulillah, alangah bahagianya....



owesome.
                     Untuk sukan KK5, ta dapat nak dapat juara lagi... tahun lepas pown sama.. dua tahun berturut-turt, gagal untuk dapatkan tempat pertama.. kelebihan banyak,  tp, rezeki ta derk.. ta pe la...:(... Thanks to PM Lorenn dan anak-anak buahnya, PM Bunga, Indonesia sik.. hehe.. PM Desmond, Pm intan dan PM aaron..,... kalau Seni pulak, dapat la no tiga daripada manifestasi puisi.. okay la tue.. .. heheh... bagus lah dyeorang ini, kalau nak cter pasal kebajikan.. haha.. kesian PM Ross, Pm Mulan, Pm Sian dan PM april.. dengar cter ada yang kena tipu.. heheh.. apa la freshie nie.. ta pe.. ta pe... PM2 nie sabar nya tinggi.. huhu... PM Adam, KUCHAT, Mia, Efa ta tahu nak cakap la.. tiap2 hari dok menjerit.. haha.. Pergi DTC semua kena kerah.. kikiki.. aiyakk.. sabar la... PM Karim ngan Adrien, haa, ta habis2 ngan kamera ngan set up video ngan teknikal nya.. tabik lar.. hehehe..:)....  lagi PM mana yea? Protokol?? Haa.. dyeorang nie salute gak lar.. siap sume jadual... tapi bila tukar jadual.. gelabah sikit, tapi tenang balik.. haa.. itu yang bagus tue.. huhuhu.... PM Ali, MILAh, Laila, J.C.. fuhh, nama depa... lagend... kikiki... haa... masa hari pendaftaran, biro pendaftaran la paling sibuk.. haha.. tapi alhamdulillah, semua nya setle herk..... kredit to PM Ani, PM Crhiis, PM dian.. mereka juga dibantu oleh dua orang PM yang Sanggup datang memabntu iaitu PM Xiang dan PM yuka.. semua DVC diletakkan di bawah seliaan MT iaitu PM aya, PM fara dan Pm sue... good Job semua.. TERbaaikKK..


Kesimpulan yang dapat aku buat ialah, Semua perkara yang berlaku adalah  telah ditentukan..:)









3 comments:

  1. hahaha.. soorryy.. salah taip.. nie dah lama punya.. lalala

    ReplyDelete
  2. woot. aku nominated kau dalam liebster award, just check it out this link yaw,http://petanipintar.blogspot.com/2014/10/liebster-award-tagged-by-soleh-s.html .thanks (:

    ReplyDelete