Saturday, December 8, 2012

TAUTAN KASIH ~

masa untuk mereka 

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  
(Hadis riwayat Muslim)

Hari ini 8 disember, saya mengikuti persatuan mahasiswa pahang universiti malaya telah mengunjungi rumah anak yatim baitul hadayah di puchong selangor.... apabila melihat kanak-kanak ini, hati ku mula untuk tersentuh melihat kunjungan kami disambut begitu meriah dengan paluan kompang oleh adik-adik baitul hidayah... adik-adik seramai 35 orang menyambut kami dengan baik dan memberi kerjasama kepada kami wakil PMP UM seramai 25 orang di rumah tersebut, saya cuba berlagak tenang walhal dalam hati ini sudah berdegup kencang dek hati dan jantung yang mengepam darah ke seluruh anggota badan... wajah-wajah mereka penuh dengan cahaya yang tidak ada pada orang lain.. ooohh.. alangkah malangnya nasib mereka apabila aku mula menafsir perjalanan hidup mereka sejak mereka kecil hingga lar dewasa.. adakah mereka ini akan terus dibimbing dan menjadi orang yang berguna pada masyarakat.. ataukah sebaliknya... adoyai...nauzubillah.....
dengar cakap abang dikkk.. huhu


kembali pada realiti, aku mula mengendalikan sesi ice breaking dalam program tersebut.. adik2 begitu bersemangat untuk berinteraksi dengan ku.. mereka memegang tangan ku tidak mahu melepaskan... aku cuba sedaya upaya menghiburkan dan membuatkan mereka tertawa dengan aktiviti-aktivti yang aku jalankan.. alhamdulillah... mereka seronok... aku turut tersenyum dan bergembira.. dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa batin ku menjerit menangis.. menangis kerana adakah selepas ini mereka akan terus tersenyum begitu,,. siapakah akan membuatkan mereka gembira selepas ketiadaan ku nanti?? hurrmm.. 



aku menayangkan video kepada mereka. video tentang seekor katak.. crazy frog gi tue//huhuhu/... katak yang sentiasa ingin menjadi champion.. berusaha bersungguh-sungguh... bekerja dalam pasukan... semuanya aku relate kan dengan situasi mereka.. aku ingin membakar semangat mereka. supaya terus kan perjuangan dan terus kehadapan dan tidak mereasa rendah diri.. pelbagai video yang aku tunjukkan.. sehingga mereka tertarik dengan apa yang aku cuba sampaikan... 

usai sudah sesi itu, safwan iaitu pengarah program bagi tautan kasih memberi sedikit pengisian kepada adik-adik baitul hadayah... alhamdulillah.. selepas pengisian fizikal. pengisian rohani turut diberi.. aku kat mana?? hahha aku memasak kat belakang... heheheh.... sambil dipayungi oleh cik ila.. dan ditemani oleh sapa entah nama dye.. ta ingat dah.hehehe.. aku dok mengacau sayur di dalam kuali.. untuk dimakan bersama2 dengan mereka nnti,..heheh.. ayam masak merah dan sayur campur menjadi menu pada hari itu..ahak... eeemmm..sedap ku masak nie...hihihikkk...




 selepas itu kami menunaikan solat zohor secara berjemaah...

hahahaha.. putihhhhh semuaa..
selepas itu.. aktiviti diteruskan dengan pertandingan sukaneka...hahaha.. masa nie.. siyes lawak.. semua adik-adik kena ngan aku termasuk lar kakak ngan abg fasi peserta dari um.. padan muka korang...hahahah... sampai asyraff kena jerit-jerit lar.. hahha...yess...!!... baru tau nak handle budak2 nie... yang penting semua happy... hihikk.. ada yang dok maen tipu.. ada ker dah abis masa dok isi lagi air dalam botol... pastu dok pasing getah.. kakak fasi dok tolong ngan tangan. mana aci.. menang lar kumpulan dyeorang.. haha. koi dah ta tahan nak gelak.... lepas tue.. koi ckp lar...mana leyh tolong2.. dyeorang lawan balik.. haa.. kan dah kalah..hihihikk.. jahat ta koi..:P....pastu baling2 belon... haa.. pecah.. kan dah basah.. tue lar.. baling belon kena pandai tangkap..hihikk... ambik.. cari gula2 dalam tepung.. hahah.. putih semua muka adik2..heheh.. haa.. ag satu.. ada team akak nie.. diberi nama team akak seri dewi malam... puii.. maen tipu.. dyeorang sapu tepung buang kan kat tepi..hahaha.. adoyai.. nak kena dyeorang nie.. xnak bagi tepung kena kat muka.. hahah... padan muka kena gak... sekali adik2 semua tiup tepung. terangkat semua..hhahahah... dah macam snowing jerk...putih semua..hehehe.... nakal kan aku...!!.huhuhu...


selepas itu ada majlis penutup.. aku bagi semua kumpulan dapat hadiah.. kemenangan ta penting bagi aku.. yang penting aku menjalan kan tanggungjawab aku membahagiakan mereka... memberi kegembiraan.. meluangkan masa dengan mereka.. itu lah hajat aku dan niat untuk aku beramal kerana allah...aku begitu terharu dan menitis air mata aku dalam senyap apabila melihat.. bakat yang ada pada mereka apabila mereka mempersembahkan nasyid, bermain alat muzik.. menyanyi serta bersilat.. ooohhh tuhann....
hebatkan mereka


 apabila aku mahu berangkat pulang.. aku sedih.. sedih untuk meninggalkan rumah ini. adakah mereka akan bahagia lagi.. adakah aku akan sampai di sini lagi.. ya allah.. mereka ini aku pesankan supaya menjadi insan yang berguna belajar bersungguh-sunguh.. dalam kegelapan mereka.. sinari lar cahaya kepada mereka.. mereka ini adalah insan yang begitu istimewa.. walaupun kurang pandai,lemah dalam belajar sert hyperaktif. pasif.. mereka juga adalah hamba mu ya allah. sama seperti insan normal... usrah bilal, usrah siti khadijah, usrah ali, usrah abu bakar, usrah uthman, usrah usrah ali, aku akan smapai lagi menabur bakti kepada mereka satu hari nanti.. ya allah aku menunaikan tanggungjawab aku pada hari ini, aku memohon supaya diberkati dan dirahmati.. aku juga insan lemah, insan yang masih mahu belajar, insan yang jauh lagi perjalanan ntuk aku mengabdikan diri pada mu... semoga aku akan terus bersemangat mencari ilmu di dunia mu ini dan bersemangat membantu orang lain.. insyaallah.. ~




~jejak pengembara...

terima kasih semua~

No comments:

Post a Comment